Thursday, April 23, 2015

Minggu 6 Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

- Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran
  dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.




Struktur Perpautan dalam Penyusunan 

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, struktur perpautan merupakan asas kepada percambahan ilmu lain. Bagi memudahkan proses pautan berlaku, guru hendaklah mahir dalam membina struktur pautan yang memenuhi ciri dan prinsip rekaannya. Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu :


1. Struktur Hierarki
Struktur Hierarki juga dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


2. Struktur Komposit
Struktur Komposit adalah lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Struktur ini sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


3. Struktur Linear
Struktur Linear merupakan sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


4. Struktur Rangkaian
Struktur Rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.


*Sila rujuk sistem perpautan yang digunakan dalam Tapak Pembelajaran di Minggu 5.*




Tapak pembelajaran



Tutorial pembelajaran



No comments:

Post a Comment