Sunday, April 26, 2015

Minggu 10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.



Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.



Prinsip pembinaan bahan video dan audio :




Membina Bahan Video Dan Audio

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:





AUDIO

Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.



Penggunaan Elemen Audio


1
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
2
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

3
Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

4
Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara.

5.
Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan.



Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti :

1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Format ini merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

4. SND/Sound
Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

5. WAVE/ WAV
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

6. SUN AUDIO/ AU
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

7. MPEG (Moving Picture Experts Group)
Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia. Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2.


Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu :

1.   Muzik latar belakang
· Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu persembahan.

· Menceriakan persekitaran.


2. Kesan bunyi
·  Mewakili sesuatu bunyi
·  Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan.

        Contoh : bunyi ‘ding’ atau ‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan.

3. Narasi (penceritaan)
Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan.


MEMBINA BAHAN AUDIO

Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.

Contoh :



Lagu "Bangun Pagi" dimainkan dengan perisian Windows Media Player.



Tayangan lirik lagu "Bangun Pagi"sambil memperdengarkan audio lagu yang dihasilkan kepada murid-murid ketika pengajaran.



MEMBINA BAHAN VIDEO

Bahan video boleh juga dibuat dengan perisian 'Jing' kerana Jing adalah perisian yang merakamkan audio dalam bentuk video justeru video juga boleh dihasilkan bagai serampang dua mata.
Sebuah video telah dibina dengan menggunakan Movie Maker 2.6.





No comments:

Post a Comment