Sunday, April 26, 2015

Minggu 10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.



Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.



Prinsip pembinaan bahan video dan audio :




Membina Bahan Video Dan Audio

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:





AUDIO

Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.



Penggunaan Elemen Audio


1
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
2
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

3
Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

4
Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara.

5.
Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan.



Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti :

1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Format ini merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

4. SND/Sound
Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

5. WAVE/ WAV
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

6. SUN AUDIO/ AU
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

7. MPEG (Moving Picture Experts Group)
Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia. Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2.


Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu :

1.   Muzik latar belakang
· Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu persembahan.

· Menceriakan persekitaran.


2. Kesan bunyi
·  Mewakili sesuatu bunyi
·  Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan.

        Contoh : bunyi ‘ding’ atau ‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan.

3. Narasi (penceritaan)
Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan.


MEMBINA BAHAN AUDIO

Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.

Contoh :



Lagu "Bangun Pagi" dimainkan dengan perisian Windows Media Player.



Tayangan lirik lagu "Bangun Pagi"sambil memperdengarkan audio lagu yang dihasilkan kepada murid-murid ketika pengajaran.



MEMBINA BAHAN VIDEO

Bahan video boleh juga dibuat dengan perisian 'Jing' kerana Jing adalah perisian yang merakamkan audio dalam bentuk video justeru video juga boleh dihasilkan bagai serampang dua mata.
Sebuah video telah dibina dengan menggunakan Movie Maker 2.6.





Saturday, April 25, 2015

Minggu 9

Mengedit bahan pengajaran bahasa Melayu secara dalam talian menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
·                     Prosedur Pengeditan
·                     Prinsip Pengeditan
·                     Melaksanakan Pengeditan



Prosedur pengeditan

Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada BrosurNewsletter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.



Prosedur pengeditan yang perlu dipatuhi.


Prinsip-prinsip yang dipentingkan dalam pengeditan.



Contoh brosur :








Thursday, April 23, 2015

Minggu 8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian


PENGENALAN
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang menggunakan kemudahan internet, iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam internet. Bagi pengajaran luar talian pula, ia  boleh didefinisikan sebagai pengajaran “offline”, di mana tiada penggunaan internet  dalam pengajaran tetapimenggunakan bahan yang dimuat turun terlebih dahulu daripada internet. Biasanya, kaedah ini digunakan jika terdapat kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.


Kelebihan pengajaran secara atas talian

i. Dapat mengakses bahan dengan cepat.

Contoh : Google   www.google.com

                Youtube www.youtube.com

ii. Kepelbagaian bahan di internet.

Contoh : Schoology   www.schoology.com

                Blendspace www.blendspace.com

iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian

i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar.
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi.
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband).

Minggu 7 Model Pemprosesan Maklumat

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.



Model pemprosesan maklumat

Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994).

          Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga mode tersebut terdiri daripada Ingatan  deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.


Ingatan Deria

Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses.



Ingatan Jangka Pendek
Tempoh simpanan maklumat bagi ingatan jangka pendek adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”. Selain itu, maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).



Ingatan Jangka panjang

Ingatan jangka panjang adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku.











Empat proses utama terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat :

1. Pengekodan (Encoding)

Proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.


2. Penyimpanan (Storage)

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.


3. Mengingat Kembali (Retrieval)

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.


4. Lupaan (Forgetting)

Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.





Minggu 6 Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

- Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran
  dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

- Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.




Struktur Perpautan dalam Penyusunan 

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, struktur perpautan merupakan asas kepada percambahan ilmu lain. Bagi memudahkan proses pautan berlaku, guru hendaklah mahir dalam membina struktur pautan yang memenuhi ciri dan prinsip rekaannya. Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu :


1. Struktur Hierarki
Struktur Hierarki juga dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


2. Struktur Komposit
Struktur Komposit adalah lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Struktur ini sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


3. Struktur Linear
Struktur Linear merupakan sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


4. Struktur Rangkaian
Struktur Rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.


*Sila rujuk sistem perpautan yang digunakan dalam Tapak Pembelajaran di Minggu 5.*




Tapak pembelajaran



Tutorial pembelajaran



Sunday, March 22, 2015

TUGASAN MINGGUAN BMM 3053

Minggu
Arahan

1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
i. Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.



2
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.
Sila simpan bahan dalam bentuk:
i. Fail internet
ii. Katalog internet



3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.






4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.

        i.   10 bahan audio
        ii.  10 bahan video
        iii. 10 bahan teks
        iv. 10 bahan grafik






5
Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·      Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Prosedur pembinaan  laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
·      Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE

Monday, March 2, 2015

Minggu 5

Tugasan Amali

Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

·   Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·   Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·   Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·   Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
·   Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.


Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.

Berikut merupakan tapak pembelajaran dan tutorial pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 :



Tapak pembelajaran




Tutorial pembelajaran