PENGENALAN
Apa itu Enjin Carian?
Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci ‘Malaysia’ pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data.
Apabila kata kunci ‘Malaysia’ dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan ‘Malaysia’ akan dipaparkan kepada anda.Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.
Contoh-contoh enjin carian adalah seperti berikut :
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu merangkumi :
1. Dapat mencari pelbagai bentuk maklumat seperti teks, video, audio, grafik dan sebagainya dari serata dunia dengan menggunakan enjin carian yang sesuai.
2. Dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik dan berkesan.
3. Mempelbagaikan bahan pengajaran sewaktu di dalam kelas.
4. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku.
5. Membolehkan murid mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
5. Membolehkan murid mengembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri.
No comments:
Post a Comment